Kenapa Alpha Arbutin perlu dalam Skincare Routine?
Tahukah anda, sebelum Arbutin dikenali, hydroquinone merupakan ramuan yang paling famous digunakan dalam produk kosmetik dimana ia boleh menghentikan penghasilan melanin dan menjadikan kulit lebih cerah. Hydroquinone digunapakai secara meluas sehingga FDA mengeluarkan larangan dan mengawal produk yang mengandungi bahan tersebut sehingga ia hampir mustahil uituk didapati tanpa pengawasan yang ketat kerana hasil kajian mendapati ia menjadi toksik kapada sel hidup dan boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, menyedari perkara tersebut, pakar-pakar seluruh dunia berusaha untuk menghasilkan alternatif lain yang lebih baik dan selamat. Maka, Arbutin ditemui. Bearberry Arbutin berasal dari daun kering pada beberapa spesies tanaman yang berbeza termasuk bearberry , blueberrry , cranberry , dan pear . Arctostaphylos uva ursi atau dikenali sebagai bearberry adalah tanaman sejenis semak yang berkembang di Amerika Utara, Eropa, dan Asia. Se...