APA ITU AHA DAN BHA? ADA KELEBIHAN KE UNTUK KULIT MUKA KITA?





AHA adalah asid glikolik dan asid laktik. Struktur kimia yang mempunyai sifat hidrofilik iaitu mudah untuk menembusi lapisan kulit dan AHA boleh larut dalam air. AHA membantu mengurangi garis-garis halus, bekas jerawat dan bitnik hitam. Proses penggelupasan akan berlaku untuk membuang sel kulit mati pada permukaan wajah. Sesuai untuk anda jenis kulit kering dan normal. Tetapi untuk anda yang jenis kulit kering, perlu berhati-hati menggunakan produk yang mempunyai bahan AHA kerana ia mungkin akan membuatkan wajah anda terlalu kering.





Sementara itu, BHA lebih dikenali sebagai asid salisilat. Kandungan BHA bersifat lipofilik (mengikat lemak), mempunyai 2 sifat secara umum iaitu keratoplasty (membantu proses penyembuhan luka dan pembetukan lapisan kulit) pada kepekatan 1-2%, dan keratolitik pada kepekatan lebih besar (umumnya pada produk kosmetik menggunakan kepekatan 3-5%). Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat, anda lebih sesuai untuk menggunakan produk yang mempunyai bahan BHA.
BHA mampu larut dalam minyak. Jadi, BHA membantu membersihkan minyak yang berlebihan dari pori-pori dan dapat mengurangkan minyak pada wajah. Ia juga membantu membersihkan sel kulit mati  dan kotoran yang melekat di permukaan kulit wajah.

Comments

Popular Posts