HYALURONIC ACID NI BAHAYA KE?
Ok, jangan disalah anggap hyaluronic acid dengan acid yang
boleh menggelupaskan kulit tau. Hyaluronic acid adalah bahan yang efektif
untuk kelembapan kulit anda. Hyaluronic acid adalah sebagai satu komponen untuk menjaga struktur semulajadi kulit dan ia secara alami sudah ada di tubuh kita, terutama di jaringan kulit. Ia hadir di dalam tisu penghubung di seluruh
badan.
-
Kepentingan Hyaluronic acid adalah untuk mempertahankan
kelembapan dalam kulit. Disebabkan itu, hyaluronic acid
dianggap sebagai bahan yang penting untuk anti penuaan kerana keremajaan kulit
adalah berkait rapat dengan kadar kelembapan kulit.
MANFAAT HYALURONIC
ACID UNTUK KULIT
Hyaluronic Acid dapat meningkatkan kadar kelembapan kulit
sekaligus memperkuatkan pertahanan kulit, iaitu lapisan kulit terluar. Dengan
penggunaan produk yang mempunyai bahan hyaluronic acid mampu:
1. MELEMBAPKAN KULIT
Jika anda adalah jenis kulit kering, seharusnya menggunakan produk yang mengandungi hyaluronic acid kerana ia boleh membantu melembapkan kulit anda.
Hyaluronic acid juga kebiasannya digunakan untuk rawatan yang yang boleh membuatkan wajah kita kering serta menggelupas semasa proses pertumbuhan sel kulit baru.
2. MENGURANGKAN GARIS HALUS
Semakin usia meningkat, kulit akan menjadi semakin kering dan akan menyebabkan kedutan pada bahagian tertentu. Ini bermakna collagen dalam badan semakin berkurang dan perlu menggunakan produk anti penuaan yang mengandungi hyaluronic acid kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan garis halus pada wajah anda.
3. MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT
Hyaluronic acid membantu untuk melembutkan tekstur kulit dan kulit akan menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Comments
Post a Comment