KENALI 5 JENIS KULIT ANDA

Perkara utama yang perlu kita ketahui untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik adalah mengetahui jenis dari kulit muka kita. Hal ini bertujuan untuk mengetahui perawatan dan produk kecantikan yang tepat.

Pada dasarnya, terdapat 5 jenis kulit iaitu kulit normal, berminyak, kering, sensitif dan kombinasi. Setelah kita mengetahui jenis kulit, barulah kita dapat mengetahui rawatan dan produk yang sesuai. Berikut adalah jenis-jenis kulit muka :-

Jenis Kulit Normal


Kulit normal adalah kulit yang jarang untuk mengalami masalah kulit seperti minyak, jerawat.kulit normal boleh kita tahu dengan menggunakan kapas atau tisu dan letakkan pada kulit muka. Jika tiada minyak bererti kulit anda adalah jenis normal.

Jenis Kulit Berminyak


Jenis kulit berminyak boleh kita lihat dengan mata kasar. Sesiapa ada masalah pori-pori terbuka lebih mudah menjadikan kulitnya berminyak. Orang yang mempunyai kulit berminyak perlu pandai memilih skincare yang kurang berkrim/berminyak untuk mengelakkan kulit tampak lebih  kusam dan berminyak.

Jenis Kulit Kering


Jenis kulit kering adalah jenis kulit yang mudah untuk jerawat timbul. Wajah mereka akan kelihatan sedikit kusam dan boleh menyebabkan iritasi berlaku jika tersalah guna produk. Orang yang mengalami masalah kulit kering seharusnya menggunakan pelembap yang sesuai dan makanan yang mempunyai bahan yang diperkaya vitamin untuk mengelakkan kulit terdehidrasi.

Jenis Kulit Sensitif


Jenis kulit sensitif termasuk dalam jenis kulit kering, ketat dan mudah berjerawat. Jenis kulit ini lebih mudah mengalami gangguan kulit wajah dan sangat mudah teriritasi. Orang yang mengalami jenis kulit sensitive perlulah menghindari dari penggunaan kosmetik, bahan yang keras, produk yang mempunyai bauan. Ini adalah kerana, produk seperti itu akan membuatkan kulit anda mudah bertindak balas dengan produk tersebut dan akan terjadi iritasi pada kulit anda. Jenis kulit ini juga mudah bertindak balas dengan sinaran UV. Jika boleh, elakkan untuk terkena sinaran matahari.

Jenis Kulit Kombinasi


Jenis kulit kombinasi adalah gabungan jenis kulit seperti di atas. Jenis kulit kombinasi sukar untuk dijaga dan sukar untuk mencari produk yang sesuai. Jenis kulit ini sangat mudah untuk timbul jerawat di kawasan tertentu seperti kawasan “zone T”.

Comments

Post a Comment

Popular Posts