WAJAH MUKA MENGELUPAS?
Kulit wajah mengelupas adalah proses yang normal bagi kulit kita. Semasa kulit kita mengelupas tu sebenarnya wajah kita tengah menyingkirkan sel-sel kulit yang dah mati dari lapisan kulit yang pertama. Tapi tengok juga disebabkan apa dia mengelupas. Ada yang disebabkan oleh pancaran cahaya matahari, ada juga disebabkan produk yang x sesuai dngn kulit muka kita. Jadi kulit mengelupas ni ada yang bahaya dan ada yang tak. Tapi seeloknya jumpa dan dengan nasihat dari doktor takut lagi melarat.
Ni antara cara pengelupasan kulit yang selamat.
- MENGGUNAKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI AHA.AHA yang bermaksud Alpha Hydroxy Acid yang mengandungi Asid glikolik dan asid laktik. Sifat AHA pula mudah larut dalam air. AHA juga mempunyai struktur kimia yang bersifat hidrofilik. Zatnya pula dipanggil zat asam yang selalunya ada pada tebu, epal, anggur dan buah yang mengandungi asam.
- MINUM AIR 8 GELAS SEHARIMinum air untuk memastikan tubuh badan menerima kuantiti air yang diperlukan. Ini akan menghindari diri bukan sahaja daripada penyakit malah ia juga dapat mencegah pengelupasan kulit muka.
- BERHENTI MENGGUNAKAN PRODUK YANG TAK SESUAISekiranya kulit kita tidak sesuai dgn sesuatu produk tu, maksudnya kulit kita bertambah lagi teruk seperti kemerahan selepas memakai produk tu, berhentilah menggunakan. Tak semua produk sesuai dengan kulit kita.
Jadi buat lah kajian dulu tetang kulit muka kita, ambil tahu tentang penjagaan kulit muka kita. Semoga apa yang sy tulis ni bermanfaat untuk anda yang membaca.
Comments
Post a Comment